Saturday, March 19, 2011

Suara Rakyat

Salam n selamat pagi semua


Pagi??yelah kan dah pukul 3am, korang mesti dah nyenyak tidur dah aku rasa, aku jer tak tidur2 lagi, biasalah kehidupan mahasiswa, selalu tidur lambat buat assignment. padahal buat sikit, main jer banyak..hehehehe

Kat Unikl Bmi minggu ni ada program Nadwah Penghayatan Islam (NPI). Macam2 program diorang buat, semua pengarah program member2 aku, so aku kena gak la tunjuk muka datang program diorang walaupun badan aku menggertak plus menjerit 'haruskah aku hadir!!! argh!!!!'

Ni aku nak story n komen sikit, rabu lalu ada program forum bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di bawah program NPI. Forum disertai MPP BMI, MFI, n  Presiden Surau BMI. aku turut hadir menjayakan program tu sebagai pemerhati yang terpaksa...aduh!!sungguh terpaksa hatiku memberontak..

Aku bangga dengan MPP BMI, sebab aku salah seorang yang undi beliau, tapi aku agak menyesal lepas aku hadir forum tu. Tak tahu lah kenapa, tapi memang rasa tak puas hati ngan beliau, tak payahlah aku bagi nama, kalau korang keluarga Unikl BMI korang mesti kenal, tapi kalau korang bukan keluarga Unikl BMi, korang buat2 kenal okay!!

From my observation, cett!! dah macam nak buat lab report plak, kat blog bukan main lagi nak buat report, walhal report berlambak kat sebelah ni tak mahu buat plak..okay2..back to our business, aku tengok masa forum hari tu, MPP BMI macam kekeringan idea untuk berhujah. Tajuk forum tu 'Mahasiswa Pemangkin Perubahan'. Beliau berhujah macam orang pandu kereta sambil tutup mata. Tak ada langsung point2 yang menekankan tajuk forum hari tu. Macam tu ker nak jadi seorang pemimpin??Tak ada persiapan awal untuk berhujah??Dress Up aku tengok dah macam perlakon hollywood dah, siap ngan tux semua, tapi kosong, malah MPP MFI n Presiden Surau lagi bagus dari beliau. Bukan nak memburukkankan beliau, tapi sekadar teguran, kalau terasa, im so sorry..
gambar tak berapa clear,coz guna kamera hp..

Lepas tu, boleh plak beliau melatah bila sesi soal jawab ada mempertikaikan hujah beliau pada forum tersebut, sungguh tak malu bagi seorang pemimpin untuk melatah setiap teguran anak buah. Memang kami sebagai anak buah hanya tahu bersuara n kamu yang menjalankan tugas. Kami dah melantik kamu menjadi 'suara' kami, so kamu kenalah jalankan tugas yang sebaiknya bukan melatah mengatakan 'siapa yang berani untuk berhujah sila kedepan', itu bukanlah sikap seorang pemimpin. Yea, mungkin beliau belum bersedia, tapi harap masa yang diambil untuk bersedia sepenuhnya harap tak lama. Kalau tak sia-sia percalonan beliau, hanya menang undi dari segi 'muka' bukan idealism beliau.

So aku minta maaf  dengan komen aku kat blog ni, sesiapa yang terasa secara tak langsung aku minta maaf okay, bagi aku teguran melalui internet amat berkesan sebab tak menuju secara langsung kepada beliau. Hope korang yang MPP ni ambil teguran secara positif, n aku tahu antara korang ada yang baca blog aku...

Sekian..

4 comments:

Anonymous said...

dude, dia manusia jugak, apa yang kau harapkan dari dia? kesempurnaan? itu hak mutlak tuhan, bukan manusia, manusia mana ada yang sempurna. dia baru naik jadi pemimpin, bagi dia masa belajar macam mana nak memimpin. lagi 2 3 bulan kalau tak berubah barula kondem.

hafiz said...

ko baca tak blog aku sampai habis?klau tak habis baca, jgan nak komen kat blog aku ni..aku kondem dia ngan keadaan baik, bukan aku dah mention ker 'mungkin beliau belum bersedia, tapi harap masa yang diambil untuk bersedia sepenuhnya harap tak lama. Kalau tak sia-sia percalonan beliau, hanya menang undi dari segi 'muka' bukan idealism beliau.'

so next time ko nak komen kat blog aku yang tak seberapa baca very clearly okay..tq for ur concenrn..=)

Shayraa said...

salam

i have to agree. wakil pelajar yg kita nak kena stand out from anyone else. contohnya, president JPM S1 2009 sangat outstanding. Seorang yang byk fresh idea, mudah terima pndpt student2 lain dan TAK SOMBONG.

Kalau attitude cantik, charismatic and have leadership quality, biarpun se-hollywood mana pun pemakaiannya, it's never going to be an issue. AT ALL.

Being a leader and represent thousands of so-grown-up student is not an easy task. Doing mistakes is fine, but not to repeat it and improve. Kami bukan tidak rasional, cuma berharap beliau lebih charismatic.

maaf juga kalau ade menyinggung mana2 pihak, dan mengomen dgn nama 'anonymous' sangat lah tidak cool.

hafiz said...

Yeap!thanx to shayraa..like diz "Kalau attitude cantik, charismatic and have leadership quality, biarpun se-hollywood mana pun pemakaiannya, it's never going to be an issue."

Even my mom always said to me, ur dress will show either u have the charisma n good attitude or not..i respect 'him' as our JPM with his style, but must have the quality not even have a good face..good face plus idealism is the perfect leader.

Agreed again,'anonymous' is not the good way to having respect from others n not cool ya..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails